Cer Kawan2 Klik Iklan nie jap... JOM2 (^_^)

Thursday, October 25, 2012

AidilAdha 1433H

Assalamualaikum. dikesempatan ini, sy nk mengucapkan Selamat Menyambut AidilAdha bagi semua muslimin & muslimah sekalian. hehe. Semoga apa yg kite telah usahakan sebelum ini menjadi satu pengobanan yg diberkati. Semoga kita sentiase berada dlm redha & rahmat YANG ESA.. Aamiiin~ InsyaALLAH~ 


Jom luangkan mase utk membaca, KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW disampaikan pd 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :- 

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu
 dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini."

"Wahai manusia sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan DIA pasti akan membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' dibatalkan mulai sekarang."

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil."

"Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu, sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu. Maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."

"Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam bertaqwa dan beramal soleh."

"Ingatlah, kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sesekali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."

"Wahai manusia, tidak akan ada lagi nabi atau rasul akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesunggunhya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan SUNNAHku."

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMU..."

Saturday, October 20, 2012

Waiting KOnvo-Day

Alhamdulillah, pengesahan graduat dh pun buat. smde versi KPT @ UTHM. Tggl tggu ms jer gi berkonvo.. Konvo tu xpntg, yg penting. Yg penting, the successful that have achieved. Betul x, betul x? hehe.. 



Thursday, October 18, 2012

Mood Konvo


Alhamdulillah, dh settle byrn utk konvo 3hb Nov 2012.. Hehe.. Rase excited utk menyambut konvo ke-3 nie.. (mayb for the last). Title : Penganggur terhormat (graduan master). Huhuhu~ Sedih. Tp, still p'caya akan akan de rezeki utk kami. (Setiap org telah dicatatkan rezeki bg setiap satunye.. InsyaALLAH~). Semoga aku tidak tercicir dari nikmat rezeki-NYA.. 



{Kenangan Konvo Degree}

Dewan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Yang Gah. hik hik
Tarikh Konvo Sabtu, [07.08.2010]




Bawah nie, kawan2 yg empunye Blog : http://maniza.blogspot.com/ & http://mellomello99.blogspot.com/

Cenderahati dari UTeM.. Cute, kn????

 Muke 10Sion carik parents x ketemu.. huk huk...


 Untungnye masuk dlm gambar 'CameraMan'. hik hik.. Terselit la jgk muke kite.

Kawan saye, Maniza Haji Mukim, pemilik Blog : http://maniza.blogspot.com

 


{Kenangan Konvo Diploma}

Mana gmbr2 konvo time diploma.. I thought I save in my drive.. tp xde!!!!! Huhu~ sp2 ade, mntk tolong send to my email pleaseeee.. 

*Hah! dh dpt sket gmbr konvo ms Diploma dulu...[credit to Yanti Umira a.k.a Jejari halus @ https://www.facebook.com/1307y?fref=ts)

Konvo Diploma PSMZA pada 10.01.2007

 Hik hik hik. Rase kalkar je gmbr dolu2..

 Lain kan muke dgn skrg?? (Skrg lg comel ek?? hik hik hik)


Tuesday, October 16, 2012

Xbuat ape2

3hb November 2012.. Konvo dh nk tibe. Tp ape pun xuruskan lg.  Kajian Pengesahan Graduan pun x leh nk access lg..
[Mood] : Malas

*Baru gi Klinik Kesihatan (KK) Yong Peng submit laporan hospital ri tu. Check tekanan darah. Still Rendah. Huhu~ Patut la selalu je rase ting tong ting tong je pale nie.. Nape yek? Mcm mn nk wat darah bertekanan NORMAL?

~Update blog lg~

Monday, October 15, 2012

Blog Not Perfect Yet

Setelah 2 tahun lebih tgglkan dunie blog, skrg baru nk berjinak2 semula tulis blog. jd, harap maap sgt sbb this contents of the blog sgt2 mengecewakan my beloved viewers, k.. But, I'll make this blog completely perfect soon.. So, continuous follow, k.. Always love.. (^_^) 

MissCarriage

Assalamualaikum bt diri s'diri & sesiapa yang skodeng Blog Bintang-bintang Kehidupan (^_^) v.

1st of all nk ckp, sy nie dh lm sgt x update blog. konon2 wat blog just utk assignment, then close akaun. Tp akhir2 nie, blog la kwn utk mase lapang sy sementara jg pengusaha tanaman anggur nie. hik hik.

Dh lm x godeh blog, rase 10sion & tertekan jgk. mcm pyh sgt je. pdhal sng je. cume yg payahnye nk 'melawa'kan blog nie. huhu~

xmo bebel pnjg2, sebenarnye sy nk abadikan 'kenangan/pengalaman' sedih sy yg baru jer berbunge2 become mommy x kesampaian.. Ye... Allah tu Maha Mengetahui ape yg terbaik utk hambanye yg sgt lemah mcm sy. tanggal 8hb Oktober 2012, sy telah mengalami keguguran/miscarriage/failing pregnancy utk 'baby sulung'. Waktu tu usia br je 5-6mggu. Sedih bunyinye tatkala kite baru je berkongsi kegembiraan bersama suami tercinta. dpt th pregnant setelah wat UPT pd 2mggu b4 that thing happen. Sanggup tunggu kepulangan suami 1mggu after that utk pegi klinik & wat upt semula. Waktu tu, sgt bahagia. Ye, sgt bahagia. 3 hari slps gi klinik, berlaku bleeding yg xdifahami (maklum la, xpernah mengalami. x th plak org pregnant xde period). So, hati kate, 'jauhkanla pk yg bukan2'.. tp 8hb tu, gi jgk la klinik kesihatan konon2 nye nk wat kad merah. Tp bgth la kat doktor jgk, de bleeding. Then, xpsl2 doktor suh gi hospital & masuk wad kecemasan.. WHATTTT!!!!!!!! Ya Allah, tuhan je yg tahu, depan doktor nie, aku thhn je la air mate yg nk menitis. masuk je dlm kete... berderai jatuh air mate.. sepanjang hari aku nangis x berhenti. Waktu tu, cume harap suami de dpn mate. Kesian encik suami, baru je bertolak ke Shah Alam semalam, dh kene balik semula ke Yong Peng...

Waktu smpi hospital, terus je diperiksa oleh doktor2 pakar kat situ di wad kecemasan. Tp pelik, Even though pakar, tp still x leh nk mengesahkan kehadiran baby dlm rahim aku. 3 org jugak la doktor gilir2 scan rahim nie, tp still x nmpk. smpi akhirnnye doktor tu surrender & pass pada doktor pakar swasta. Huhu~ ptg tu kene scan lg, tp doktor still ckp dlm rahim kosong. xde kantung, janin & bukaan laluan rahim. huhu~ Macam mn tu? tup2 doktor wat keputusan scan dari bawah rahim. Lum smpt scan, bkk le suar, penuh darah atas pad yg aku pakai + terdapat 'benda'. DOktor suspect maybe itu janin & aku dh mengalami keguguran . What???? Huhu~ Ya Allah, mengalir lagi air mate nie.. sedih sgt. Doktor teruskan lg utk mengambil sisa that thing dari rahim aku. Then kluarlah kantung baby (doktor ckp). Sedihnye..

Doktor bgth, aku keguguran & mungkin sudah hbs kluar. tp Mayb jgk aku mengalami kandungan luar rahim memandangkan tiada bukaan laluan dari rahim & rahim aku kosong. Sedih & pelik bunyinye.. Sejak tu, aku ditahan kat wad selama 4 hari 3 malam. Suami smpi waktu petang tu & air mate nie terus je mengalir laju. Suami ckp, "Syg nape nangis? org kan dh smpi nie.. senyumla sket" (Tuhan aje yg th sebak & luluh hati nie bile suami ckp mcm tu). "Syg, x pela~ rezeki ade kat mn2.. semua nie kat dunie je.. jgnlah sedih. org kan ade dgn syg..". Ya Allah, tatkala DIA mengambil sesuatu dari aku, tatkala itu juga die memberikan sesuatu kepada aku sewaktu aku memerlukan.. Allah itu Maha Besar.. 2 Hari suami skip kursus untuk menemani aku di hospital. Sepanjang itu juga jelas nmpk pengorbanan & kasih syg suami pd diri ini. Macam2 die lakukan utk buatkan aku tersenyum kembali. Tido pun kat bangku luar hospital je utk sesekali masuk jenguk aku. Sebak tgk pengorbanan & tanggungjawab insan yg bergelar 'suami' ni. Alhamdulillah~ akhirnye hati aku kembali tenang. Keputusan doktor sebelum discharge pd 11hb Oktober 2012, doktor bgth aku bahawa rahim ku tiada masalah (dlm keadaan normal), tetapi kemungkinan kandungan itu yg x normal. SubhanALLAH~ Allah itu maha mengetahui ape yg terbaik untuk hamba2nye.. Semoga aku tidak menjadi hamba yg tercicir dr rahmat-NYA. Aaamiiin~

After discharge, aku berpantang lebih kurang mcm org bersalin. hehe..(Heaven!!).

Sekarang, cukup seminggu pemergian 'anak' sulung ku. Al-Fatehah.. Semoga akan ade rezeki & cahaya baru dlm rumah tangga kami.

*Sedih dh beli Susu AnMum Materna (Perise Cokelat lagi tu..... huhu)
*Xdpt namekan anak 'Samsudin/Sudin' (Rekaan Suami). Hik hik

~Al-FATEHAH My dear 1st Baby~

|Post on 15th October 2012, 03:10pm|